Contoh Ayat-ayat cinta

     Assalamualaikum ;) putri ada kongsikan sikit ayat-ayat cinta.. Siapa nak copy paste? boleh saja Khas untuk para wanita yang single? dah berpunya?bakal suami? ataupun kaum adam sekalian.

--> Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati,Justeru,perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang. 


--> Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta.Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta. 


--> Cinta yang dilahirkan dengan perasaan tidak iklas,tidak akan menemui kebahagiaan. Sebaliknya ia akan memamah diri sehingga menjadi tulang-tulang yang tidak berguna.


--> Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa,Usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal,insya-Allah akan menemukan anda dengan pasangan serasi.


--> Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita dapati bohong,dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.


--> Fahami bahawa lelaki bercakap terus terang,ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik,terperinci dan banyak tersirat.


--> Cinta bukan paksaan,ia lahir dua perasaan,kehadirannya tidak diundang,pergimya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.


-->Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncang jiwa.



--> Mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki dirinya. Oleh itu sayangilah diri kita daripada disakiti oleh cinta kerana cinta tidak semesti dapat membahagiakan kita.

Ini saja yang putri dapat kongsikan.. sambil-sambil tu makan ayam ;D (biar dapat kolestrol ) -.-
Sekian ^^ 


2 ulasan:

Nick Nashram berkata...

bahaya makan ayam,,nati jadi gemok..huhu

Asningtiyas Nasdja Putri berkata...

;P haha biar la

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...