Bab 1-Cintaku Bukan Di Atas Kertas

 Bab 1 - Novel Cintaku Bukan Di Atas Kertas

    Pukul dua petang. Secara rasminya,sesi kuliah tengah hari di Kolej Antarabangsa KL sudah bermula. Pelajar-pelajar kolej yang melepak di kaki lima anak tangga di bawah bangunan itu mula berpusu-pusu berjalan masuk ke dalam bangunan kolej, sebuah bangunan rumah kedai lima tingkat, yang menempatkan rentetan bilik kuliah dari tingkat satu hingga tingkat tiga, dan sebuah auditorium di tingkat empat. Tingkat lima menempatkan pejabat kolej itu. Manakala tingkat bawah tanah menempatkan sebuah kafe yang menjadi tempat lepak kegemaran pelajar kolej tersebut.

    Seiring dengan bermulanya sesi kuliah itu,suasana di dalam bangunan itu tawa gedik tiga orang gadis dari arah bilik persalinan yang bersebelahan dengan bilik air di tingkat empat bangunan itu.
    Zanida,Jes dan Vina berada di dalam bilik persalinan itu. Mereka sudah memerap di dalam bilik itu sejak sejam yang lalu. Kuliah mereka sudah pun tamat, mereka sepatutnya sudah pulang,tetapi mereka ada misi penting yang untuk dibereskan; misi penting yang ada kaitan dengan penyanyi remaja paling popular masa kini, Kathijah Abadi, atau Katie Abadi di kalangan wartawan hiburan, atau KT sahaja di kalangan peminat fanatiknya, yang terdiri daripada jutawan remaja lain,termasuk Zanida, Jes dan Vina.
     KT baru sahaja mempromosikan konsert besar-besaran yang akan diadakan pada hujung tahun itu. Bukan setakat konsert gergasi, satu pertandingan unik turut dianjurkan bersama sebagai salah satu gimik; gimik yang diberi nama 'Tiru Macam Saya'.
    Peminat-peminat KT telah dipelawa mengarabkan kreativiti mereka untuk mencipta reka tari atau koreografi yang diringi mana-mana lagu yang pernah didendangkan KT. Koreografi mereka itu harus dirakamkan dalam bentuk video dan dihantar melalui pos untuk dinilai pihak pengurusan konsert. Pemenang pertandingan itu bukan sahaja akan memenangi hadiah wang tunai, tetapi turut berpeluang menggayakan tarian mereka,dan mengadakan persembahan secara lansung bersama-sama KT dalam konsert gergasi itu nanti.
          Dan itulah misi Zanida, Jesdan dan Vina. Mereka sudah sebulat suara bersetuju menyertai pertandingan itu. Malah, keputusan itu telah dicapai tidak sampai beberapa saat selepas mereka mengetahui tentang pertandingan itu, menerusi sebuah majalah hiburan yang dibeli oleh Zanida.
    Dan kini,sebulan sudah berlalu sejak keputusan dipersetujui mereka. Sepanjang 30 hari itu juga, mereka bertiga bertungkus-lumus menghasilkan koreografi yang terbaik. Tugasnya bukan mudah,malah entah berapa kali mereka bertikam lidah apabila tidak bersetuju dengan pendapat dan idea yang dicadangkan. Entah berapa liter air mata yang mengalir,dan berapa kilo hati yang termakan.
    Tetapi,tidak seorang pun di antara mereka yang sanggup berputus asa. Mereka terlampau kempunankan kemenangan. Bukan wang tunai yang dihagakan,tetapi peluang untuk beraksi bersama-sama KT. Mati hidup semula pun mereka tidak akan melepaskan peluang itu.!
   Tugas pertama yang dilakukan mereka ialah pemilihan lagu. Tugas itu antara tugas yang paling sukar memandangkan idola mereka itu mempunyai terlampau banyak lagu yang 'best-best'. Sedangkan Zanida, Jes dan Vina pula mempunyai pilihan dan cita rasa yang berbeza. Sepanjang minggu pertama itu, entah sudah memutakhirkan lagu yang paling sesuai untuk dijadikan irama latar  tarian mereka. Masuk hari ke lima,barulah Jes memberikan suatu idea yang lebih memudahkan tugas mereka yang seterusnya.

  Mereka sebulat suara bersetuju untuk memilih lagu KT yang berirama rancak sahaja. Hampir 15 lagu disenaraikan mereka selepas itu, dan sekali lagi 'peperangan' meletus dalam menentukan lagu yang paling sesuai. Hanya selepas mereka bertiga menonton klip video KT yang berkumandang di televisyen,barulah mereka bersetuju dengan pemilihan lagu itu. Melihat rambut palsu yang dikenakan KT,ditambah pula dengan 'urban feel' klip video itu. mereka akhirnya bersetuju memilih lagu 'Fantasi Hati' untuk dijadikan latar koreografi.
  Fuuuh, selesai juga akhirnya tugas pertama itu.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...