Bawang Merah banyak khasiat

   Assalamualaikum.. kebelakangan ini musim penyakit makin meningkat ! penyakit darah tinggi , kolestrol,kencing manis,obesiti. semuanya berpunya pemakanan kita, Walaupun sehari,kita mesti jaga pemakanan yang seimbang. Kurangkan memakan nasi. minyak yang berlebihan dan sebagainya.

Putri dapat tahu bahawa Bawang Merah(onions) dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit, terutamanya Osteoporosis sejenis penyakit tulang, sebanyak 20 peratus.Admin mahu share mengenai blog ini
http://www.ridzalmersing.com . Blog beliau ada mengenai khasiat Bawang Merah! Mesti terpegun punya.
 <baca sambil makan bawang merah,daun-daun sekali ,okay tipu >

eh eh. pink colour ^^ wahh 

Kebanyakan pakar perubatan mendapati, bawang merah mampu mengurangkan risiko penyakit antaranya kanser. Selain itu, bawang merah juga bertindak sebagai penawar untuk melegakan sakit perut, menggalakkan rembesan kahak dan menambah aliran air kencing.




Sementara itu, artikel yang ditulis oleh Dr. Barry Sears dalam bukunya yang bertajuk The Top 100 Zone Foods menyatakan, kajian menunjukkan individu yang makan bawang setiap hari, dapat mengurangkan kadar kolesterol.




Beberapa penyelidikan mengenai khasiat bawang merah mendapati, bawang merah mengandungi dua bahagian yang terdiri daripada sulfur seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan flavonoid seperti quercetin.
Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur antikanser, antibakteria, antiviral, antialahan dan antibengkak.
Pengkaji dari India mendapati, lebih banyak kita makan bawang merah semakin rendah gula dalam darah. Mereka juga berpendapat, tiada perbezaan bawang merah mentah dan bawang merah yang direbus.
Kajian terbaru menunjukkan, bawang merah mengandungi enam kali ganda kandungan fenolik berbanding bawang biasa. Kandungan tersebut membantu mengeluarkan toksin dalam badan.
Bukan itu sahaja, bawang merah yang berasa manis ini, mempunyai saponins iaitu sejenis kimia yang dapat menghindarkan dan membunuh sel kanser.
Ia akan mencairkan darah beku dan menunjukkan tahap tinggi antiplatelet yang baik untuk pesakit yang menghidap penyakit aterosklerotik, penyakit jantung, dan strok. Ia juga membantu fungsi otak dan mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.






     Bagi mereka yang menghidap kencing manis, bawang merah juga dapat mengurangkan tahap gula melalui mengehadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukos.
“Bawang merah bukan sahaja diminati kerana melazatkan hidangan tetapi ia merupakan sejenis sayur yang begitu tinggi nilainya dalam kesihatan,” jelas Profesor Persatuan Penanaman, Universiti Wisconsin, Madison, Irwin Golman.
Dengan menikmati bawang merah setiap hari ia boleh membantu pertumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sebanyak 20 peratus. Kandungan prostaglandin A-1nya, iaitu sejenis agen yang kuat mengurangkan tekanan.
Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda.


  Jagalah Kesihatan anda semua !! ^^ 

4 ulasan:

DilaMilin berkata...

Salam, waahh..bgus info ni. hehe. bawang putih pn banyak jgk khasiatnya. nanti buat entry sal bawang putih plak ye. hehe. :)

shahirah hairudin berkata...

nice info

Asningtiyas Nasdja Putri berkata...

haha Dila ^^ insya-Allah
terima kasih semua

Positif Man berkata...

oooo baru ku tahu...info yang sungguh menarik....

Jom komen sambil follow
http://koleksi-photo-mjphotography.blogspot.com/2012/05/muhammad-afif-iman.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...