Sakit 3jam dek cincin RM5

Oleh Azma Razana Johari
am@hmetro.com.my

Sakit tiga jam dek cincin RM5
Seberang Jaya : Seorang ibu terpaksa menahan sakit selama tiga jam selepas cincin dipakainya gagal dikeluarkan sehingga menyebabkan jari tangan kanannya membengkak di Hospital Seberang Jaya (HSI),di sini, kelmarin.
     Dalam kejadian jam 7malam , A Devika,22, menahan kesakitan selepas kakitangan hospital turut gagal membantunya sehingga mereka terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Devika berkata,dia memakai cincin itu sejak seminggu lalu sebelum jari telunjuk membengkak 4 hari kemudian.
" Selepas jari membengkak,saya cuba menanggalkan cincin itu pelbagai cara tetapi gagal," kata ibu kepada seorang cahaya mata itu. Menurutnya idak mampu menanggung kesakitan,dia ke HSJ jam 4 petang kelmarin untuk mendapatkan rawatan,namun kakitangan hospital juga gagal menanggalkan cincin sehingga terpaksa meminta bantuan bomba.
      Katanya,cincin itu berharga RM5 itu dibeli di pasar malam berhampiran rumahnya di Butterworth dan dia tidak menjangka kejadian itu berlaku akibat memakainya.
"Mula-mula pakai cincin ini,saya rasa selesa,jadi tidak sangka lama-kelamaan jari saya membengkak," katanya. Sementara itu Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba Perai,Ismail Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.15 malam dan tiba beberapa minit kemudian.

"Kita terpaksa menggunakan 'ring cutter' untuk memotong cincin dan jari mangsa juga membengkak" katanya.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...