Novel- Mencari Jalan ke Syurga


Buku novel ini amat menarik tertarik memang kebom. Oleh Hasliza Ismail .

Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang khirana miliki ; ingatannya dan juga insan tercinta.
Setelah dua tahun koma,dia bangkit semula lalu berlatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza.
Namun kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendan kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mngembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya. 

Di mata Shahrul Azwan,Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka. Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih  di antara keluarga atau cintanya. Walau jalan mana yang terpilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.

p/s  Putri akan mengupdate setiap bab dalam mengenai novel ini. Jangan lupa baca tau. best gilerr 

3 ulasan:

nadia arrumaisha berkata...

insyaAllah saya nak carik satu....

Asningtiyas Nasdja Putri berkata...

hehe ^^ terima kasih

Aiskrim Cokolat berkata...

wow, best pulak baca sinopsis dia . hehe nak cari novel ni la . thx share crta ni =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...