Resepi Cinta !!

    Assalamualaikum.. putri mahu kongsikan sedikit mengenai RESEPI CINTA yang terdapat dalam DIARI CINTA putri yang ni ......................


Seseorang hadiahkan buku ni kepada putri... ^^ NAmanya ? Rahsia ;P
Selain putri bagi resepi makanan, eh putri boleh bagi resepi cinta ? apa maksud resepi cinta ni ye?
-.- erm. Maksudnya.  Langkah apabila jatuh hati. Sama juga kita belajar masak dari resepi mengikut cara yang betul! baru juadah kita sediakan mesti lazat bukan. Sama juga kita mencari cinta yang betul untuk dimiliki

Cewahh.. Dapat juga gelaran putri " Doktor Cinta Kuah Ayam Pedas " . hehe  
Resepi CInta
1. KEKUATAN BERFIKIR
Cinta bermula dan fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika akhirnya kamu bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. KEKUATAN UNTUK MENGHORMATI
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa sahaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, Kita patut bertanya pada diri sendiri " apa yang aku hormati dalam diriku? " . Untuk mendapat perasaan hormat daripada orang lain ! Bahkan drpd orang yang kamu tidak suka,kita patut bertanya pada diri.
" apa yang aku hormati dalam diri mereka ? " 

3. KEKUATAN UNTUK MEMBERI
Jika kamu mahu menerima cinta, ? kamu harus mampu memberikannya terlebiih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri ,makin banyak yang kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan perkara-perkara kebaikan ! FORMULA rahsia untuk menciptakan hubungan yang ceria, penuh cinta dan abadi adalah dengan selalu berfikir 

" Apa yang dapat aku beri ?" Dan bukan "Apa yang aku dapat? "

2 ulasan:

Cik Atien berkata...

Nicee entry. :)

Nizam Ijam berkata...

kena praktik nie..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...