Sinopsis Bab 2 Novel Konserto Terakhir

Assalamualaikum ... selamat sejahtera !! ^^
      JOM Terjah sini kejap! rugi tak tengok !! hehe peace ^^

Sinopsis Bab 2 - Novel SPM(berkemungkinan)

1- Hilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Dia telah melakukan perubahan yang besar di perkarangan rumah itu sehinggakan mendapat pujian daripada Datuk Johari dan juga Dr. Nathan iaitu jiran Datuk Johari. Hilmi berkawan baik dengan Pak Amat. Pak Amat pernah menjadi penyelam mutiara di Darwin,Australia.


2- Datuk Johari gelisah apabila Dr.Nathan bertanyakan tentang tukang kebun barunya itu kerana dia tidak sampai hati menganggap Hilmi sebagai tukang kebunnya. Hilmi amat tertarik dengan mainan piano Hayati.


3- Rumah Datuk Johari juga sering didatangi oleh saudara mara Datin Salmah yang berpangkat. Dalam pada itu, Datin Salmah teringat  akan kata-kata kakaknya Siti Hajar tentang Hilmi kerana lambat laun orang akan mengetahui bahawa Hilmi itu anak saudara Datuk johari. 


4- Hasutan siti Hajar itu menimbulkan rasa gelisah di hati DatinSalmah dan dia berusaha mencari jalan untuk mengusir Hilmi dan rumahnya.


Sinopsis Bab 1 !

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...