Novel Konserto Terakhir

           Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia !... Sinopsis konserto.. memandangkan tahun ni SPM guna novel Konserto Terakhir !
 Di kedai buku pun,susah nak cari.. mungkin ada yang dapat. patutnya kami (yang lahir 1995 SPM tahun ni)
  guna buku INTERLOK .. Korang harus tengok SINI  ! 

   KONSERTO TERAKHIR - SINOPSIS BAB 1


1. Hayati tidak ada (keinginan) untuk belajar piano pada hari itu kerana sering membuat kesalahan. Keadaan ini menimbulkan salah faham antara Hayati dengan guru pianonya. Tiba-tiba muncul Hilmi di saat-saat getir tersebut. Hilmi memperkenalkan dirinya sebagai dua pupu Hayati iaitu anak Pak Karim dari Kedah. Hayati berasa gusar melihat gerak-geri Hilmi yang serba canggung. 


2. Dia tidak pernah mengetahui bahawa bapanya masih mempunyai saudara di kampung. Datin Salmah juga tidak menyenangi kehadiran Hilmi di rumahnya. Sementara menunggu kepulangan Datuk Johari ,Hilmi ditempatkan di sebuah bilik berhampiran dengan bilik pak Amat,drebar mereka. 


3. Kehadiran Hilmi telah mengingatkan Datuk Johari tentang kampung halamannya yang telah ditinggalkan selama tujuh belas tahun lalu. Hilmi menyatakan hasratnya untuk mencari pekerjaan. Walau bagaimanapun, kelulusannya yang hanya setakat darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha Datuk Johari mencari pekerjaan untuknya.


4. Akhirnya Hilmi disuruh menjadi tukang kebun di rumahnya. Hilmi bekerja dengan tekun membersihkan kebun itu. Dalam masa yang sama, perasaanya cemburu melihat kemesraan antara Hayati dengan Mohsin.


 Haa! Best tak? Siapa mohsin? Tunggu bab 2 akan keluar.. Sekian ^^


4 ulasan:

riffzam berkata...

novel ni menarik. jalan ceritanya menarik. saya guna novel ni juga masa spm2009. :)

kalau tak silap, masa 2009 sepatutnya jadi tahun terakhir guna novel ni dan digantikan dgn Interlok, tapi digunapakai semula sebab masalah tak dpt dielakkan dlm Interlok. :)

Asningtiyas Nasdja Putri berkata...

betul tu..trima kasih kerana bagi tau cik putri ^^

Amyra Azhar berkata...

oo, dulu negeri tertentu guna interlok kan, kami melaka guna novel renyah :)

Asningtiyas Nasdja Putri berkata...

wahhh.. bestnya ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...